Analisis Keperluan Pelajar terhadap Penggunaan Teknologi dalam Memahami Terjemahan Kinayah Al-Quran kepada Bahasa Melayu
Analysis of Students’ Needs Regarding the Use of Technology in Understanding the Translation of the Quranic Metonymy into the Malay Language
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejpi.v10i2.119Keywords:
Kinayah al-Quran, Bahasa Melayu, Analisis Keperluan, TeknologiAbstract
Kinayah merupakan salah satu unsur retorik yang terdapat di dalam wacana al-Quran. Kinayah bermaksud menyebut sesuatu ungkapan yang dimaksudkan dengan pengertian lain yang bukan pengertian zahirnya. Hal ini menyebabkan pelajar yang mempelajari kināyah al-Quran mengalami kesukaran memberi interpretasi yang tepat kerana kināyah mempunyai makna implisit yang perlu ditafsirkan dengan jelas agar maksudnya yang sebenarnya dapat disampaikan dengan tepat. Kebiasaanya, pelajar akan merujuk kepada pelbagai teks terjemahan al-Quran yang berada di pasaran secara naskhah bercetak yang sudah tentu merumitkan pelajar kerana saiznya yang besar, tebal dan berat. Berdasarkan pemerhatian terhadap teks terjemahan al-Quran yang berada di pasaran, terdapat cara terjemahan kināyah al-Quran yang kelihatan tidak sepadan dengan konteks makna yang dimaksudkan oleh mesej al-Quran. Sedangkan keperluan pelajar merujuk dan mengenalpasti kaedah terjemahan yang betul adalah penting dalam proses pembelajaran. Justeru itu, satu kajian kuantitatif dan deskriptif telah dilakukan bertujuan meninjau keperluan pelajar terhadap penggunaan teknologi dalam memahami terjemahan kinayah al-Quran kepada bahasa Melayu. Sampel kajian ini melibatkan 129 orang responden daripada pelajar dalam bidang pengajian bahasa Arab di beberapa IPT yang berbeza dan menggunakan instrumen soal selidik melalui googleform dalam mendapatkan maklum balas. Dapatan kajian ini dijangkakan dapat menjadi satu anjakan paradigma terhadap kaedah rujukan kepada teks terjemahan al-Quran, selain sebagai satu usaha ke arah memudahkan pelajar merujuk dengan penggunaan teknologi yang sesuai. Hasil kajian ini juga dijangkakan dapat memberi maklumat kepada penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran kināyah al-Quran dalam bentuk peranti mudah alih dan aplikasi yang sesuai.
Downloads
References
Abdul Hakim, A., & Mustafa, O. (2016). A prolonged dilemma: Traditional curriculum of Arabic rhetoric (balaghah) in Malaysia. The Social Sciences. 11(6), 1008-1014.
Abdullah, N. (2015). Tarjamah al-Dalalaat al-Majaziyyah al-Qur’aniyyah: Dirasat Tahliliyyah li Asaliib al-Tarjamah fi al-Tarajum al-Malayuwiyyah al-Fardiyyah. Disertasi Doktor Falsafah (tidak diterbitkan). Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kuala Lumpur.
Abdullah, N. (2016). Dauru al-siyāq fī taḥqīq al-tarjamah al-ṣaḥiḥah (The importance of context in the authentic translation). Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 1(1), 113–128. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v1i1.40
Abdullah, N. (2017). Akhtha’ Tarjamah al-Dalalat al-Kina’iyyah al-Quraniyyah ila al-Lughah al-Malayuwiyyah: ‘Irdhun wa Tahlil. (Inaccuracies in the Translation of the Quranic Metonymy into the Malay Language). Global Journal al-Thaqafah. 7(1), June, 117-132.
Abdullah, N. (2020). Pengaruh Mazhab Fiqah al-Syafi’i: Analisis terhadap beberapa teks terjemahan al-Quran ke Bahasa Melayu. Journal of Muwafaqat. 3 (2), Oktober. 44-61. Layar melalui: http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat
Abdullah, N., Samsudin, S., & Suliman, N. F. (2021). Masalah semantik dalam terjemahan Majaz Mursal al-Quran: analisis terhadap hubungan musabbab. AL-IRSYAD: Journal of Islamic and Contemporary Issues. 6 (1). Jun, 508-522. Layar melalui: http://al-irsyad.kuis.edu.my/index.php/alirsyad/issue/view/11
Abdullah, N., Samsudin, S., Abd Rahman, L., Zainal Abidin, A. N., & Hambali, M. A. (2022). Keperluan penggunaan teknologi dalam pembelajaran kinayah. dalam teknologi dan pendidikan dalam pembangunan insan. penyunting: Mariam Abd. Majid, Wawarah Saidpudin & Juzlinda Mohd Ghazali. Penerbit KUIS. Bab 13. 229-245.
Al- Hasyimiy, A. (1994). Jawahir al-Balaghah fi al-Ma’ani wa al-Bayan wa al-Badi’. Beirut: Dar al-Fikr.
Ani, O. (2016). Integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Melayu mempertingkatkan keyakinan dan keberhasilan guru semasa latihan mengajar. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 9 (1), 13-25.
Azhar, M. (2007). Menterjemah budaya retorika Melayu melalui perlaksanaan pengajaran ilmu balaghah Arab dalam kalangan pelajar Melayu. dalam Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-11, 311-326.
Azman, C. M. (2018). Ilmu al-Ma’āni dalam Terjemahan Arab-Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bernama. (2021). Penggunaan teknologi digital meningkat ketika pandemik COVID-19-LPPKN. Astro Awani. Dicapai pada 10 Jun 2022 dari https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penggunaan-teknologi-digital-meningkat-ketika-pandemik-covid19-lppkn-298134
Chua, Y. P. (2012). Asas statistik penyelidikan (Vol. 2). McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
Fatin Shaffawati, A. G., & Harun, B. (2016). Pendekatan ‘mobile learning’ dalam meningkatkan motivasi pelajar. Prosiding Kolokium Pendidikan Bahasa Arab 2016 (KOBAR 16), 194-205.
Halim, Z. A., Salleh, A. W., Rahman, N. E. A., & Suhane, S. H. M. (2018). Konsep ‘ilm al-Bayan dalam Gaya Bahasa Melayu: Sorotan perbandingan dan pemanfaatannya dalam pengajaran ilmu balaghah. dalam Proceedings of International Conference on Ummah (ICU2018), 406.
Hazrati, Y., Hanis Najwa, S., Fudzla Suraiyya, A. R., Nor Zahidah, A., Muhammad Hatta, S., Muhammad Zahfri, M. N., & Ibrahim Youssef, A. (2021). Aplikasi mudah alih pembelajaran asas Bahasa Arab bagi peringkat sekolah rendah. International Journal for Educational Science and Language Arts, 2(2), 29-41.
Ibrahim Youssef, A., Kaseh, A. B., Suhaila, Z., Hazrati, Y., & Bashasunnahar, P. (2018). Pembangunan aplikasi android pembelajaran asas Bahasa Arab. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 2(2), 39-59.
Kamarul Azmi, J., Md Yusnan, L., Azhar, M, Mohd Ismail, M., Muhamad Faiz, I., & Mohd Faeez, I. (2012). Aplikasi tekonologi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. dalam Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPPI2012), 183-193.
Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. (2006). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Syukri, A. R., Muhammad Daoh, Muhammad Redzauddin, G., & Mohd Rufian, I. (2018). Pendekatan pengajaran ilmu balaghah di institusi pengajian tinggi awam Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counseling. 3 (14). June, 48-58.
Mohd Zaki, A., R., & Che Radiah, M. (2013). Balaghah Melayu berdasarkan Balagah Arab satu pengenalan dalam ilmu ma’ani. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Muhammad, A. (2008). Pendidikan balaghah Arab di Malaysia. Penerbit UTM Press.
Norasmahani Nor, Khadijah, A. R., & Shahlan, S. (2014). M-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. dalam Prosiding The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014), 360-368.
Othman, A. J., Norzan, N., Darusalam, G., & Siraj, S. (2011). Cabaran guru program LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Masalah Pendidikan, 34, 37-51.
Raja Hazirah, R. S. (2012). Penguasaan balaghah dalam kalangan pelajar IPT. Doctoral dissertation, University of Malaya.
Rosni, S., & Muhammad Marwan, I. (2006). Laporan penyelidikan penguasaan al-balaghah dan permasalahannya di kalangan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kajian di sekolah-sekolah agama Negeri Selangor. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.
Shamsul Arrieya, A. (2020, 29 Mac). Manfaatkan teknologi mudah alih sewaktu krisis COVID-19. Astro Awani. Dicapai pada 10 Jun 2022 dari https://www.astroawani.com/berita-malaysia/manfaatkan-teknologi-mudah-alih-sewaktu-krisis-covid19-235798
Siti Saodah, H. (1999). Ilmu bayan satu perbandingan dengan Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Balaghah (Retorika) Arab-Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 43-53.
Siti Syafawati, I., & Nurul Farhana, J. (2020). Pembelajaran menerusi aplikasi mudah alih dan kesannya terhadap pembelajaran huruf hijaiyah murid prasekolah. Innovative Teaching and Learning Journal, 3(2), 30–41.
Sopian, A., Ahmad, S., & Bakar, K. A. (2013). Penguasaan dan permasalahan pelajar terhadap pengajian ilmu balaghah: satu tinjauan awal/mastery and problem of students against the balaghah studies: A preliminary survey. Islamiyyat, 35(1), 93.
Sulaiman, R. H. R., & Wahid, N. A. (2021). Faktor-faktor kelemahan pembelajaran balaghah. International Journal of Contemporary Education, Religious Studies and Humanities, 1(2), 111–120.
Tschannen‐Moran, M., & Gareis, C. R. (2004). Principals’ sense of efficacy: assessing a promising construct. Journal of Educational Administration, 42(5), 573-585.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.