Analisis Perbandingan Sistem Pengurusan Penyelidikan (RMS): RMS V1 vs RMS V2
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejpi.v10i2.134Keywords:
Sistem pengurusan penyelidikan, Pengurusan maklumat, Penyelidikan dan inovasi, Perancangan strategik, Analisis perbandinganAbstract
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), UIS telah menambahbaik Sistem Pengurusan Penyelidikan (RMS) selaras dengan keperluan perancangan strategik UIS. Dalam artikel ini, pengkaji membuat perbandingan antara RMS versi pertama (V1) dengan RMS versi kedua (V2). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan keperluan pembangunan RMS V2 kepada pegawai akademik UIS dan analisis kandungan perbandingan pembangunan modul antara RMS V1 dan RMS V2 ini. Kajian mendapati RMS V1 yang dibangunkan mempunyai modul permohonan penyelidikan dan penjanaan senarai tajuk penyelidikan, penerbitan dan inovasi yang tidak mengikut format pentaksiran MyRA secara terperinci. Pembangunan RMS V2 telah melibatkan tambahan modul yang lebih efektif dan efisen iaitu 1) permohonan penyelidikan yang lebih lengkap 2) penilaian proposal oleh panel kluster yang boleh dijalankan secara atas talian 3) pemantauan kemajuan penyelidikan yang lebih komprehensif melalui sistem atas talian, 4) pemprofilan (profiling) pegawai akademik yang lebih terperinci berdasarkan format pentaksiran MyRA dan 5) penjanaan laporan yang dapat membantu RIMC mengurus data aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi (RDCI) dengan lebih teratur. RMS V2 diharap dapat membantu penyelidik UIS mengembangkan potensi mereka sebagai sarjana dan ahli akademik serta membantu pengurusan UIS dalam membuat keputusan dan memenuhi keperluan sebagai sebuah universiti.
Downloads
References
Ahmad, H., Francis, A., & Zairi, M. (2007). Business process reengineering: critical success factors in higher education. Business Process Management Journal, 13(3), 451-469.
Baharuddin, R & Ibrahim Mohamad. (2016). Model kejayaan sistem maklumat dalam pengurusan organisasi. Journal of ICT in Education, 3, 1-12.
Lay, Y. F., & Khoo, C. H. (2013). Pengenalan kepada pendekatan kuantitatif dalam penyelidikan pendidikan. Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Majthoub, M., Qutqut, M. H., & Odeh, Y. (2018). Software re-engineering: An overview. In 2018 8th International Conference on Computer Science and Information Technology (CSIT) (pp. 266-270). IEEE.
Royce, W. W. (1987). Managing the development of large software systems: concepts and techniques. In Proceedings of the 9th international conference on Software Engineering (pp. 328-338).
Rehman, T., Khan, M. N. A., & Riaz, N. (2013). Analysis of requirement engineering processes, tools/techniques and methodologies. International Journal of Information Technology and Computer Science (IJITCS), 5(3), 40.
Wahi Anuar, M. A., Osman, S., Azizan, N., Ishak, I., Ahmad, R., Md Ajis, A. F., & Kamarulzaman, R. A. (2017). Sistem Pengurusan Permohonan Penyelidikan: meningkatkan kecekapan operasi di Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 1(1), 28-40.
Yuliana, V., & Santoso, S. (2021). Re-engineering and Technology Development on Reference Sample of Business Process (Case Study on Health Laboratory Service Company). Jurnal Ilmiah Manajemen dan Bisnis, 7(2), 212-222.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.