Kaedah Fuzzy Delphi: Reka Bentuk Pembangunan Model Kepimpinan Kerohanian Tok Batin dalam Kelestarian Pembangunan Komuniti Orang Asli Muslim
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejpi.v10i2.141Keywords:
Kaedah Fuzzy Delphi, Reka Bentuk Pembangunan, Kepimpinan Kerohanian, Tok Batin, Orang Asli MuslimAbstract
Kepimpinan Orang Asli yang berkualiti sangat bergantung kepada ciri-ciri serta karakter tok batin dalam membimbing masyarakat mereka. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap keperluan elemen utama dan turutan kedudukan (ranking) keutamaan bagi setiap item dalam reka bentuk pembangunan model kepimpinan kerohanian tok batin dalam kelestarian pembangunan komuniti orang muslim. Dalam kajian ini, kaedah Fuzzy Delphi digunakan dengan menggunakan tujuh skala likert. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mereka bentuk model kepimpinan kerohanian berasaskan elemen kepimpinan kerohanian dalam pandangan Islam mengikut konsensus pakar. Oleh itu, pengkaji mendapatkan konsensus pakar seramai 11 orang pakar dari pelbagai bidang terutamanya bidang kepimpinan kerohanian dan bidang orang asli. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah diberikan kepada 11 orang pakar dalam bidang kepimpinan kerohanian dan bidang orang asli yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun. Dapatan kajian menunjukkan sebelas item berkaitan elemen yang dikaji telah diterima berdasarkan kesepakatan pakar. Item-item tersebut menepati syarat penerimaan dengan nilai threshold (d) adalah kurang daripada 0.2, peratus kesepakatan pakar adalah melebihi 75% dan nilai defuzzification adalah melebihi 0.5. Hasil kajian ini berjaya membentuk Model Kepimpinan Kerohanian Tok Batin Muslim.
Downloads
References
Abdul Haiy Mahmod, Auf Iqbal Kamaruzzaman, Aisyah Humairak Abdul Rahman, Norsyahila Asikin Azmi. (2022). Pengaruh Kepimpinan Spiritual Terhadap Kelestarian Alam Satu Sorotan. Kelestarian Alam Dan Pembangunan Komuniti.
Aini, Z., & Sabri, N. S. (2019). Bentuk-bentuk gerakan Kristianisasi dalam masyarakat Orang Asli di Perak: Forms of Christianization to the Orang Asli in Perak. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 4(2), 125-141
Ajmain @ Jimaain Safar (2012), Pembinaan Instrumen Pentaksiran Akhlak Berasaskan Rakan Sebaya Pelajaran Sekolah Menengah. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, tidak diterbitkan.
Carey, I. (1976). The Aboriginal tribes of Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Edo, J. (2010). Adat dan nilai masyarakat Orang Asli. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Fry, L. W. (2003). Toward a theory of spiritual leadership. The Leadership Quarterly, 14 (6), 693-727.
Fry, L. W. (2005). Introduction to the leadership quarterly special issue: Toward a paradigm of spiritual leadership.
Halim Mokhtar, Muhammad Yusuf Marlon Abdullah, Mustafa Kamal Amat Misra, Zulkefli Hj. Aini, Abdul Haiy Mahmod. (2022). Prinsip-Prinsip Umum Kepimpinan Spiritual Dalam. Isu-Isu Kontemporari Dalam Pengajian Dakwah Dan Usuluddin (Siri 3) 2022, 38.
Haqiqi Rafsanjani. (2017). Kepimpinan Spiritual. Jurnal Masharif al-Syariah: Jurnal Ekonomi dan Perbankan Syariah, Vol 2, No. 1. 1-17.
Khadijah, S., & Mohammad, A. M. (2018). Elemen Kerohanian Melalui Kepimpinan Islam Dalam Organisasi Pendidikan Menjana Pembangunan Ummah. Human Sustainability Procedia. Retrieved from https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1123
Makhbul, Z. K. M., Ibrahim, M. I. S., & Jamaludin, Z. (2020). Hubungan Antara Gaya Kepimpinan dengan Komitmen Organisasi dan Hasrat Untuk Kekal: Penilaian Analisis Sobel. Akademika, 90(3), 129-146.
Ma’ruf Redzuan & Zahid Emby. 2008. Kepimpinan dan pembangunan Orang Asli. Dalam M. Redzuan & S.G. Sarjit (ed). Orang Asli: Isu, Transformasi dan Cabaran. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Michael H. Hart. (1994). Seratus Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah. Jakarta: Pustaka Jaya.
Mohd Khairul Nuzul Hassan, Abu Bakar Ibrahim & Muhammad Nidzam Yaakub. (2018). Analisis FuzzyDelphi Terhadap Konstruk Utama Model Pengajaran E-Tvet Bagi Kursus Mekanikal Dan PembuatanDi Kolej Vokasional. Journal of Information System and Technology Management 3 (10), pp 20-33.
Mohd. Ridhuan Mohd. Jamil, Zaharah Hussin, Nurul Rabihah Mat Noh, Ahmad Arifin Sapar & Norlidah Alias. (2013). Application of Fuzzy Delphi Method in Educational Research. Design and Developmental Research. Dlm. Saedah Siraj, Norlidah Alias, Dorothy DeWitt & Zaharah Hussin (pnyt). Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Murray, T.J., Pipino, L. L & Gigch, J. P. (1985). A pilot study of fuzzy set modification of Delphi. Human System Management, 6-80.
Murry. J.W. & Hammons, J.O. 1995. Delphi: A versatile methodology for conducting qualitative research. Review of Higher Education, 18 (4): 23-36.
Nicholas, C. (1989). Theories of development and the underdevelopment of the Orang Asli Akademika: Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, 35, 55-68.
Sapar, A. A., Siraj, S., & Noh, N. R. M. (2014). Aplikasi teknik fuzzy delphi terhadap keperluan aspek ‘riadhah ruhiyyah’untuk profesionalisme perguruan pendidikan Islam. The Online Journal of Islamic Education July, 2(2).
Thoha M (2004) Perilaku organisasi: Konsep dasar dan aplikasinya.. Raja Grafindo Persada, Jakarta.
Tobroni, 2005. Perilaku Kepemimpinan Spiritual Dalam Pengembangan Organisasi pendidikan dan Pembelajaran, Kasus Lima Pemimpin Pendidikan di Kota Ngalam, Disertasi Doktor Program Pascasarjana, Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta,
Veeramuthu, S. P., Isa, A., Rahman, M. L. A., Ganapathy, M., Hamzah, N., & Annamalai, M. D. M. (2023). Pemerkasaan Komuniti sebagai Elemen Kepemimpinan Orang Semai dalam Novel Ludaad: Community Empowerment as an Element of Orang Semai Leadership in the Ludaad Novel. PENDETA, 14(1), 52-64.
Zuraidah Abdullah, Zahir Ahmad, Nuwairi Khaza’ai (2012) Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan Melayu ke Arah Pembangunan Modal Ihsan. Jurnal Melayu 9, 155-170.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.