Pukulan Mendidik dalam Islam bagi Membentuk Konsitensi Solat Anak-Anak

Authors

  • Nadiyah Hashim

Keywords:

Kata kunci: Pukulan; Mendidik; Solat Anak-Anak.

Abstract

Tajuk kajian menfokuskan kepada tuntutan merotan anak jika mereka enggan solat seperti yang disebut dalam hadis nabi yang bermaksud “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka” (Riwayat Abu Daud). Ini menunjukkan bahawa agama Islam memberi hak dan tanggungjawab kepada ibu bapa supaya merotan anak-anak bagi yang meninggalkan solat ketika umur sepuluh tahun ke atas pendekatan mendidik dengan cara merotan ini adalah merupakan kesalahan dalam undang-undang beberapa negara. Seperti yang pernah tular di media yang berlaku kepada rakyat Malaysia yang dipenjara atas kesalahan memukul anak mereka yang enggan menunaikan solat. Hukuman kepada kanak-kanak yang mendatangkan kecederaan pada badan telah diharamkan oleh beberapa negara. Walau bagaimanapun belum ada tindakan atau larangan hukuman fizikal terhadap anak-anak setakat hari ini oleh undang-undang negara kita selagi tidak membawa kepada penderaan. Objektif kajian ialah (i) menghuraikan hukuman rotan dalam Islam terhadap anak-anak yang meninggalkan solat dan (ii) menganalisis kepentingan hukuman rotan perlu dilaksanakan terhadap anak-anak yang meninggalkan solat. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menggunakan analisa desksiptif kajian-kajian yang berkaitan dalam mendapatkan hasil dapatan perbincangan.  Kesimpulannya, Islam itu tidak pernah suka kekerasan dan kekasaran. Adalah tidak benar sama sekali untuk meletak Islam itu agama yang tidak ada toleransi hanya kerana memahami hadis ini secara suratan. Islam memberi penerangan pukulan bagaimana yang dibolehkan dan yang bagaimana harus dielakkan. Penulisan ini mencadangkan agar kajian mendalam perlu dijalankan agar garis panduan merotan dengan oleh ibu bapa dapat dikeluarkan dengan mengambil kira adab, akhlak, hikmah dan takdib. Ini kerana tujuan memukul dalam tahap ini ialah untuk mendidik dan bukannya memukul kerana hukuman melanggar ketatasusilaan dalam masyarakat. Di samping tujuannya yang tidak lari daripada untuk mengembalikan anak-anak ke dalam kawalan ibu bapa.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Quran al Karim

Hasna, B. (2016). Pelaksanaan solat dalam kalangan pelajar muslim di Kolej Komuniti Negeri Johor. Retrieve from http://eprints.utm.my/id/eprint/60730/1/HasnaBidinMFGHT2016.pdf

Jasmi, Kamarul Azmi & Md. Saleh @ Masrom, Siti Fauziyani. (2008). Penggunaan hukuman fizikal dalam pendidikan anak-anak in 1st National Seminar on Child Law 2008 (NCCL 08) pada 13hb. Julai 2008 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu anjuran Faculty of Law & International Relations, UDM.

Latifah, A. (2019). Rotan kaedah pendidikan terakhir. Berita Harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/07/581618/rotan-kaedah-pendidikan-ter akhir

Lilly Suzana, S. (2016). Konsep “suruh” dan “pukul” dalam pentarbiahan anak-anak: Tinjauan dalam huraian sunnah. Retrieve from https://www.researchgate.net/publication/327271117_KONSEP_SURUH_DAN_PUKUL_DALAM_PENTARBIAHAN_ANAK-ANAK_TINJAUAN_DALAM_HURAIAN_SUNNAH

Linawati, A. (2014). Jika dilihat kes Sweden, hukuman dera kanak-kanak di Malaysia membimbangkan-SUHAKAM. Retrieved from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jika-dilihat-kes-sweden-hukuman-dera-kanakkanak-di-msia-membimbangkan-suhakam-32861

Masjuki, M. (2017). Hubungan tahap pelaksanaan solat fardu dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar di daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis MA. Skudai: UTM.

Masthurhah Ismail et al. (2013) Educational strategies to develop discipline among students from the Islamic perspectives. Procedia - Social and Behavioral Sciences 107 (2013) 80 – 87 1877-0428 © 2013.

Md. Zahidul, I., & Md. Mashiur, R. (2015). Corporal Punishment: The case of a child abuse by a Malaysian couple in Sweden. Advances in Environmental Biology, 9(17) Special 2015, Pages: 9-11. ISSN-1995-0756 EISSN-1998-1066.

Mohd Azrone, S. (2017). Hukuman rotan kekal dasar Kementerian Pendidikan. Retrieve from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/350945/hukuman-rotan-kekal-dasar-kementerian-pendidikan.

Mohd Murtadza, A. (2019). Pendidikan anak dengan solat. Retrieved from http://www.muftins.gov.my/v1/en/2019/04/19/pendidikan-anak-dengan-solat/

Nadia, H. (2014). Perkenal semula hukuman rotan di sekolah. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2014/11/16394/perkenal-semula-hukuman-rotan-di-sekolah

Norul Huda, B., & Dzaiqumar, H. (2018) Fiqh ibadah bagi kanak-kanak: Satu tinjauan literatur. 4th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2018) Kuala Lumpur, 2554, 282–289. Iskandar, K. S. (2020).

Siti Amalina, A. K. (2019). Kearifan tempatan dalam pendidikan kanak-kanak: Sorotan terhadap garis panduan hukuman rotan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Jurnal Fiqh, Vol. 16 No. 1 (2019) 83-104

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003.

Syed Umar Arif. (2018). Parlimen: Rotan pelajar jalan terakhir. Retrieve from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/402333/parlimen-rotan-pelajar-jalan-terakhir

Zainudin, A. B., & Jani, T. (2010). Persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di SMK Ulu Tiram, Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis MA. Skudai: UTM.

Downloads

Published

27-04-2022

How to Cite

Nadiyah Hashim. (2022). Pukulan Mendidik dalam Islam bagi Membentuk Konsitensi Solat Anak-Anak. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 9(1), 83–94. Retrieved from https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/69

Issue

Section

Articles