@article{Nadiyah Hashim_2022, title={Pukulan Mendidik dalam Islam bagi Membentuk Konsitensi Solat Anak-Anak}, volume={9}, url={https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/69}, DOI={10.53840/ejpi.v9i1.69}, abstractNote={<p>Tajuk kajian menfokuskan kepada tuntutan merotan anak jika mereka enggan solat seperti yang disebut dalam hadis nabi yang bermaksud “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka” (Riwayat Abu Daud). Ini menunjukkan bahawa agama Islam memberi hak dan tanggungjawab kepada ibu bapa supaya merotan anak-anak bagi yang meninggalkan solat ketika umur sepuluh tahun ke atas pendekatan mendidik dengan cara merotan ini adalah merupakan kesalahan dalam undang-undang beberapa negara. Seperti yang pernah tular di media yang berlaku kepada rakyat Malaysia yang dipenjara atas kesalahan memukul anak mereka yang enggan menunaikan solat. Hukuman kepada kanak-kanak yang mendatangkan kecederaan pada badan telah diharamkan oleh beberapa negara. Walau bagaimanapun belum ada tindakan atau larangan hukuman fizikal terhadap anak-anak setakat hari ini oleh undang-undang negara kita selagi tidak membawa kepada penderaan. Objektif kajian ialah (i) menghuraikan hukuman rotan dalam Islam terhadap anak-anak yang meninggalkan solat dan (ii) menganalisis kepentingan hukuman rotan perlu dilaksanakan terhadap anak-anak yang meninggalkan solat. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menggunakan analisa desksiptif kajian-kajian yang berkaitan dalam mendapatkan hasil dapatan perbincangan.  Kesimpulannya, Islam itu tidak pernah suka kekerasan dan kekasaran. Adalah tidak benar sama sekali untuk meletak Islam itu agama yang tidak ada toleransi hanya kerana memahami hadis ini secara suratan. Islam memberi penerangan pukulan bagaimana yang dibolehkan dan yang bagaimana harus dielakkan. Penulisan ini mencadangkan agar kajian mendalam perlu dijalankan agar garis panduan merotan dengan oleh ibu bapa dapat dikeluarkan dengan mengambil kira adab, akhlak, hikmah dan takdib. Ini kerana tujuan memukul dalam tahap ini ialah untuk mendidik dan bukannya memukul kerana hukuman melanggar ketatasusilaan dalam masyarakat. Di samping tujuannya yang tidak lari daripada untuk mengembalikan anak-anak ke dalam kawalan ibu bapa.</p>}, number={1}, journal={e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi}, author={Nadiyah Hashim}, year={2022}, month={Apr.}, pages={83–94} }