e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi
E-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI is the e-Journal published by the Penerbit UIS. The scope and issues discussed are related to research and innovation covering various aspects of research namely; education, history, philosophy, leadership, administration, language, da’wah, politic, media and communication, economy, management, medicine, environment and last but not least science and technology.

This e-Journal contains various articles in research and scientific activities that cover various disciplines using the medium of Malay, English and Arabic.

Publication Frequency

e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi (e-JPI) is published 2 times a year (April and September).
Penerbit UIS en-US e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi 2289-7909 Elemen Sokongan Pelaksanaan Program Pembangunan Jati Diri Remaja Delinkuen di Institusi Pemulihan Akhlak https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/122
Peningkatan kemasukan pelatih ke institusi pemulihan perlu diambil.perhatian oleh semua pihak. Pelbagai kes dikenal pasti melibatkan golongan remaja yang ditempatkan di institusi pemulihan akhlak di Malaysia. Keberkesanan usaha pemulihan akhlak anak-anak remaja di institusi-institusi pemulihan akhlak memerlukan sokongan semua pihak. Artikel ini bertujuan mengemukakan elemen-elemen sokongan yang menyumbang terhadap keberkesanan pelaksanaan program pembangunan jati diri dalam kalangan remaja delinkuen di institusi pemulihan akhlak. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan protokol temu bual separa berstruktur sebagai instrumen kajian. Hasil temu bual mendapati tiga elemen sokongan utama bagi pelaksanaan program pembangunan jati diri remaja delinkuen di institusi pemulihan akhlak ialah aspek guru/pembimbing, ibu bapa dan diri sendiri. Elemen-elemen ini mempengaruhi keberkesanan program pembangunan jati diri remaja delinkuen dalam mendepani cabaran dan pengaruh sosial yang negatif dalam kehidupan seharian.
Mariam Abd Majid Aisyah Humairak Abdul Rahman Nurzatil Ismah Azizan Noor Hafizah Mohd Haridi Noraini Mohamad Abur Hamdi Usman Zainab Ismail Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-29 2023-09-29 10 2 1 21 10.53840/ejpi.v10i2.122 Understanding Islamic Philosophy in the Context of Interactive Technologies: A Study on Students' Views from CTU552-EAC https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/129
Globalization has seen the development of education systems following current trends, which is a major challenge for today's generation. The spread of technology has led to digital information storage compared to the former educational environment, which preferred face-to-face education. Consequently, interactive platforms have been developed to facilitate access to information on the philosophy of the subject and current issues on student websites. The objective of the study is to examine students' perceptions of the need to manage unorganized CTU552 learning materials in the Segamat Johor UiTM. The study analyzes the students' views on the CTU552-EAC to understand Islamic philosophy. Through this platform, students can easily and quickly access all information about course codes, save time for students and teachers, and help them through interactive online games. This study uses SPSS quantitative methods on 93 students before using CTU552-EAC and 287 students after using this platform. The research investigates the reactions of undergraduates to slides, videos, and online philosophy games using CTU552-EAC. The results showed that students using CTU552's online games helped them to consider and understand knowledge carefully, especially Islamic epistemology, Islam's human concept, and metaphysics. The central platform supports the understanding of Islamic thought in the context of digital technologies and helps students to gain deeper insight into their faith and teachings.

SYAZWANI ABD RAHIM Siti Noor Ain Aziz Nurul Badriyah Ali Syaimak Ismail @ Mat Yusoff Nurfarhana Mohd Daud Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-29 2023-09-29 10 2 22 36 10.53840/ejpi.v10i2.129 Pendekatan Intervensi Murid Tercicir Bagi Subjek Jawi di Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor: Kajian Rintis https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/137
Tahun 2020 menyaksikan hampir semua sekolah dan universiti di seluruh dunia terpaksa ditutup bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Akibatnya hampir 91 peratus atau sekurang-kurangnya 1.6 billion murid di seluruh dunia tidak dapat mengikuti pembelajaran seperti biasa. Senario yang berlaku ini juga memberi implikasi yang merunsingkan kepada murid yang mempelajari subjek Jawi di sekolah-sekolah agama (SRA). Melalui tinjauan awal pengkaji menerusi temubual yang dijalankan guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) yang mengajar subjek ini mendapati bahawa sebahagian murid tidak dapat mengenal huruf-huruf hijaiyah dengan baik. Ada sebahagiannya pula masih tidak mampu menulis huruf Alif, Ba, dan sebagainya dengan betul. Di samping itu, terdapat murid yang tidak boleh mengeja jawi dengan betul walaupun sudah berada di darjah 4 dan seterusnyanya ada sebahagian guru menyatakan bahawa terdapat murid yang akan mengambil Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) berada pada tahap yang sangat lemah dari aspek penguasaaan tulisan jawi. Kajian ini merupakan kajian rintis yang dilaksanakan menerusi sesi temubual terhadap dua orang guru subjek Jawi, SRA, JAIS yang mengajar subjek JAWI di dua buah sekolah yang berbeza. Data dianalisis menggunakan pendekatan tematik analisis. Dapatan kajian mendapati bahawa guru yang menggunakan beberapa pendekatan intervensi yang bertujuan untuk membantu murid yang tercicir ini dapat menguasai semula tulisan jawi setelah mereka tercicir dan terkesan dalam pembelajaran secara atas talian semasa pandemik COVID-19.
Dr. Zetty Nurzuliana Rashed Kamarulnizam Sani Dr. Sapie Sabilan Haslina Hamzah Munera Hashim Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-29 2023-09-29 10 2 37 49 10.53840/ejpi.v10i2.137 Peranan Dan Cabaran Muslimat Dalam Pengimarahan Masjid https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/131
Masjid ialah sebuah institusi yang berperanan penting dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pengimarahan kepada masyarakat Islam. Semua aktiviti anjuran masjid didokong oleh ahli jawatankuasa yang dilantik sama ada dalam kalangan muslimin ataupun muslimat. Justeru, golongan muslimat turut berperanan dalam aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid. Namun demikian, golongan muslimat ini mempunyai cabaran dalam penglibatan aktiviti-aktiviti anjuran masjid walaupun aktiviti-aktiviti tersebut turut melibatkan golongan ini. Kajian ini bertujan untuk membincangkan peranan muslimat dalam pengimarahan masjid dan mengenalpasti cabaran-cabaran mereka dalam penglibatan aktiviti-aktiviti di masjid. Kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif dan sumber dokumen sebagai kaedah pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati golongan muslimat berperanan dalam aktiviti berkaitan ibadah, pendidikan, dakwah, sosial dan ekonomi. Cabaran yang dihadapai mereka adalah dari aspek kecapaian ruang masjid bagi wanita, fasiliti, kelas-kelas khas untuk wanita dan dana. Kajian ini memberikan implikasi terhadap keterlibatan golongan muslimat dalam pengimarahan masjid dan pembangunan sosio agama.
Sahlawati Abu Bakar Nazneen Ismail Khairunnisa Ismail Norul Huda Bakar Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-29 2023-09-29 10 2 50 64 10.53840/ejpi.v10i2.131 Analisis Keperluan Pelajar terhadap Penggunaan Teknologi dalam Memahami Terjemahan Kinayah Al-Quran kepada Bahasa Melayu https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/119
Kinayah merupakan salah satu unsur retorik yang terdapat di dalam wacana al-Quran. Kinayah bermaksud menyebut sesuatu ungkapan yang dimaksudkan dengan pengertian lain yang bukan pengertian zahirnya. Hal ini menyebabkan pelajar yang mempelajari kināyah al-Quran mengalami kesukaran memberi interpretasi yang tepat kerana kināyah mempunyai makna implisit yang perlu ditafsirkan dengan jelas agar maksudnya yang sebenarnya dapat disampaikan dengan tepat. Kebiasaanya, pelajar akan merujuk kepada pelbagai teks terjemahan al-Quran yang berada di pasaran secara naskhah bercetak yang sudah tentu merumitkan pelajar kerana saiznya yang besar, tebal dan berat. Berdasarkan pemerhatian terhadap teks terjemahan al-Quran yang berada di pasaran, terdapat cara terjemahan kināyah al-Quran yang kelihatan tidak sepadan dengan konteks makna yang dimaksudkan oleh mesej al-Quran. Sedangkan keperluan pelajar merujuk dan mengenalpasti kaedah terjemahan yang betul adalah penting dalam proses pembelajaran. Justeru itu, satu kajian kuantitatif dan deskriptif telah dilakukan bertujuan meninjau keperluan pelajar terhadap penggunaan teknologi dalam memahami terjemahan kinayah al-Quran kepada bahasa Melayu. Sampel kajian ini melibatkan 129 orang responden daripada pelajar dalam bidang pengajian bahasa Arab di beberapa IPT yang berbeza dan menggunakan instrumen soal selidik melalui googleform dalam mendapatkan maklum balas. Dapatan kajian ini dijangkakan dapat menjadi satu anjakan paradigma terhadap kaedah rujukan kepada teks terjemahan al-Quran, selain sebagai satu usaha ke arah memudahkan pelajar merujuk dengan penggunaan teknologi yang sesuai. Hasil kajian ini juga dijangkakan dapat memberi maklumat kepada penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran kināyah al-Quran dalam bentuk peranti mudah alih dan aplikasi yang sesuai.

Nasimah Abdullah Saifullah Samsudin Lubna Abd. Rahman Ahmad Nazeer Zainal Arifin Muhamad Adham Hambali Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-29 2023-09-29 10 2 65 84 10.53840/ejpi.v10i2.119 Penerapan Konsep Gamifikasi Pada Perancangan Modul Pembelajaran Untuk Pendidikan Statistik https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/139
Modul merupakan bahan pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar secara sendiri. Penggunaan modul dapat membantu pengguna memahami isi kandungan pelajaran di samping menambahkan lagi penguasaan terhadap sesuatu topik yang terkandung di dalam modul. Kajian ini  bertujuan   untuk membangunkan sebuah modul digital tergamifikasi bagi menyokong Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam subjek statistik asas (MoDSA). Modul digital ini dibina bagi tajuk statistik deskriptif dan visualisasi data berdasarkan kepada integrasi Model ADDIE, Model Prototaip Pengulangan Interaktif  (IRP) serta Lima Langkah Mengaplikasi Gamifikasi dalam  Pembelajaran  oleh Huang dan Soman. Proses  pembangunan  modul  ini  melibatkan  peringkat  penyediaan  draf  modul, penilaian  pakar  dan  penentuan  kesahan  modul.  Modul  ini  dinilai  oleh  tiga  orang pakar bidang yang terdiri daripada ahli-ahli akademik dalam bidang matematik, statistik dan kaedah penyelidikan. Kajian  ini  diharapkan  dapat  menyumbang kepada aspek penggunaan pendekatan gamifikasi dalam  pembelajaran  statistik.
Dr. Nurkaliza Khalid Norziah Othman Rafiza Kasbun Siti Rohaida Alimin Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-29 2023-09-29 10 2 85 103 10.53840/ejpi.v10i2.139 Pelaksanaan E-Pembayaran Dalam Pengurusan Kutipan Sumbangan Masjid Di Selangor: Satu Kajian Rintis https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/138
Masjid adalah satu institusi yang yang penting dalam kalangan masyarakat Muslim. Peranan masjid tidak hanya terhad pada aspek solat sahaja bahkan ianya juga meliputi semua aktiviti berkaitan umat Islam sama ada dari aspek sosial ataupun ekonomi. Antara sumber kewangan terbesar masjid yang membantu perjalanan aktiviti masjid adalah dari sumber sumbangan masyarakat Muslim itu sendiri. Pengurusan kutipan sumbangan ini banyak menimbulkan isu terutama dari segi ketelusan dan kecekapan. Isu penyelewengan duit masjid, kehilangan dan kecurian adalah isu yang tidak boleh dipandang ringan dan perlu ditangani demi memastikan kepercayaan masyarakat terhadap pengurusan masjid tidak hilang. Selari dengan perubahan landskap pasaran daripada konvensional kepada digital, masjid juga seharusnya tidak terkecuali dari mengadaptasi perubahan teknologi agar kekal relevan dan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan mereka. Kaedah e-pembayaran adalah satu kaedah yang dilihat dapat membantu memudahkan dan meningkatkan kecekapan pihak pengurusan masjid dalam menguruskan proses kutipan sumbangan masyarakat Muslim. Justeru itu kajian ini akan melihat apakah persepsi pihak pengurusan masjid terhadap pelaksanaan e-pembayaran di masjid mereka. Pengumpulan data bagi kajian rintis ini adalah melalui edaran borang soal selidik kepada 20 responden yang terdiri daripada jawatankuasa pengurusan masjid di lapan buah masjid di Sepang, Selangor. Data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS version 26. Dapatan bagi kajian ini diharapkan dapat membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan sama ada perlunya pelaksanaan e-pembayaran di masjid mereka.

Junainah Idris Fadilah Mat Nor Nur Syaheera Atan Aza Shahnaz Azman Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-29 2023-09-29 10 2 104 116 10.53840/ejpi.v10i2.138 e-Mega Pro: Mempercepatkan Tempoh Penerimaan Surat Kelulusan Projek Pelajar https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/126
Tempoh kelulusan kertas kerja projek penilaian pelajar yang panjang, kekurangan sumber kewangan, fasiliti yang terhad dan kekerapan pengecualian kuliah tentunya memberi cabaran besar kepada pengurusan akademik dalam persediaan ke arah revolusi industri 5.0. Justeru, projek ini diilhamkan bagi menginovasikan proses pengurusan akademik melalui pembangunan sebuah sistem yang dinamakan e-Mega Pro. e-Mega Pro meletakkan ciri inovasi melalui kalendar interaktif yang membolehkan penggabungan beberapa projek pelajar menjadi satu projek mega berimpak tinggi dan dapat menjimatkan kos. Hasil ujilari menunjukkan penjimatan kos penilaian berterusan pelajar sebanyak RM122 537.50 mampu dicapai dalam tempoh 5 semester. Antara faedah ketara lain yang dicapai dengan penggunaan e-Mega Pro adalah memendekkan tempoh penerimaan surat kelulusan kertas kerja projek pelajar daripada 14 hari kepada 5 hari bekerja, penjimatan 40% kos kertas dan percetakan, dan sifar kadar bersemuka. Ia konsisten dengan polisi penjimatan kerajaan dalam perbelanjaan operasi universiti. Impak projek kepada organisasi adalah pengurangan proses kerja manakala kepada persekitaran dapat mengurangkan penggunaan kertas. e-Mega Pro sangat berpotensi untuk diadaptasi secara terus atau diubahsuai mengikut keperluan agensi dan amat berpotensi untuk digunapakai oleh pelbagai institusi yang melibatkan pengurusan acara.
Nurul Syuhada Baharuddin Nurmuslimah Kamilah Abdullah Haslenna Hamdan Nur Dalila Adenan Noorazlina Ahmad Kartini Mat Rashid Zawawi Ismail Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-30 2023-09-30 10 2 117 131 10.53840/ejpi.v10i2.126 Penggunaan Kaedah Dakwah Mau'izah al-Hasanah Terhadap Masyarakat Hijrah Gay, Biseksual dan Transgender (GBT): Tinjauan Awal https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/142
The success of a da'wah delivery sometimes results from various delivery methods that cannot be ignored such as al-hikmah, mau'izah hasanah, mujadalah al-husna, and qudwah al-hasana. Sayyid Qutb said the method of Mau'izah al-Hasanah is a method that applies a gentle way, delving into feelings sincerely without scolding, reproaches and insults. In fact, it can be said to be a gentle speech so that the listener is drawn to accept it. In the context of the gay migration community, they are men who have sexual tendencies only with men, while bisexuals are men who have sexual tendencies towards men who are also women, and transgenders are men who resemble women or also termed as mak nyah community. Their condition is recognized as a hijrah community by an authoritative body, usually they are determined with resignation and humility to improve themselves to a better life and leave their past life of immorality, the appropriate preaching method to be used is guidance and advice. Therefore, this study is descriptive in nature with a preliminary review of the appropriateness of using the method of preaching mau'izah al-hasanah in guiding the community.
MUSTAFA KAMAL AMAT MISRA Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-29 2023-09-29 10 2 132 141 10.53840/ejpi.v10i2.142 Kaedah Fuzzy Delphi: Reka Bentuk Pembangunan Model Kepimpinan Kerohanian Tok Batin dalam Kelestarian Pembangunan Komuniti Orang Asli Muslim https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/141
Kepimpinan Orang Asli yang berkualiti sangat bergantung kepada ciri-ciri serta karakter tok batin dalam membimbing masyarakat mereka. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap keperluan elemen utama dan turutan kedudukan (ranking) keutamaan bagi setiap item dalam reka bentuk pembangunan model kepimpinan kerohanian tok batin dalam kelestarian pembangunan komuniti orang muslim. Dalam kajian ini, kaedah Fuzzy Delphi digunakan dengan menggunakan tujuh skala likert. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mereka bentuk model kepimpinan kerohanian berasaskan elemen kepimpinan kerohanian dalam pandangan Islam mengikut konsensus pakar. Oleh itu, pengkaji mendapatkan konsensus pakar seramai 11 orang pakar dari pelbagai bidang terutamanya bidang kepimpinan kerohanian dan bidang orang asli. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah diberikan kepada 11 orang pakar dalam bidang kepimpinan kerohanian dan bidang orang asli yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun. Dapatan kajian menunjukkan sebelas item berkaitan elemen yang dikaji telah diterima berdasarkan kesepakatan pakar. Item-item tersebut menepati syarat penerimaan dengan nilai threshold (d) adalah kurang daripada 0.2, peratus kesepakatan pakar adalah melebihi 75% dan nilai defuzzification adalah melebihi 0.5. Hasil kajian ini berjaya membentuk Model Kepimpinan Kerohanian Tok Batin Muslim.

Muhammad Yusuf Marlon Abdullah Halim Mokhtar Mustafa Kamal Amat Misra Zukefli Aini Abdul Haiy Mahmod Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-30 2023-09-30 10 2 142 157 10.53840/ejpi.v10i2.141 Examining the Work-Life Balance of Teacher-Parents in One Secondary School in the Philippines: A Phenomenological Study https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/118
Every teacher must be able to manage their time effectively, set priorities, and concentrate on productivity since they have the oath to uphold their vocation. To be able to define the roles and duties, the research aims to explore the challenges experienced by teachers who are also parents, and how it affects their work-life balance, in order to propose an enhancement program to address these issues. A qualitative research design using a phenomenological approach was employed, with five (5) teacher-parents chosen through purposive sampling. Codes and themes were used in the study. Based on the focus group discussion, three themes emerged: time management, priority and focus, and the impact of productivity. To improve teachers' ability to strike a work-life balance and improve their performance and participation in upholding the school's objectives for the success of the students, school leaders must offer training and seminars. This study has provided a platform for teachers to understand and practice the importance of work-life balance to maintain their effectiveness in both roles. Teachers need to strive for a healthy balance between their professional and personal lives to be successful. Additionally, the researchers have designed an enhancement program to facilitate the teachers' time management and prioritize their tasks for work-life balance.
John Michael Aquino Carla Jobelle Culajara Juan Paolo Martin Culajara Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-29 2023-09-29 10 2 158 175 10.53840/ejpi.v10i2.118 Kebolehgunaan Aplikasi Myarabiy Game dalam Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Rendah Agama JAIS https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/144
Perkembangan pesat teknologi pada zaman ini, menjadikan peranti mudah alih seperti telefon dan tablet sebagai suatu alat yang memberikan peluang pembelajaran dan pengajaran luar biasa kepada pelajar dan guru. Wujudnya, peranti mudah alih sebagai salah satu alat dalam PdP menjadikan pendidikan yang dijalankan lebih menarik. Aplikasi mudah alih My Arabiy Game yang dibangunkan menerusi kajian ini adalah aplikasi yang dibangunkan sebagai salah satu bahan bantu mengajar (BBM) yang boleh digunapakai oleh para guru bahasa Arab sekolah rendah. My Arabiy Game ini dibangunkan menggunakan sukatan kurikulum Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIS menerusi platform Android. Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk menilai reka bentuk dan kebolehgunaan aplikasi My Arabiy Game terhadap para pelajar di SRA. Penilaian reka bentuk dan kebolehgunaan aplikasi My Arabiy Game ini dijalankan ke atas para guru bahasa Arab SRA di daerah Hulu Langat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan berbentuk soal selidik dengan menggunakan skala likert tujuh mata. Data kemudian dianalisis menggunakan SPSS v25 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Interpretasi nilai min yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan tahap rendah, sederhana dan tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tahap penilaian reka bentuk yang terdiri daripada elemen kandungan, elemen motivasi, elemen kebolehcapaian, elemen seronok dan elemen multimedia berada pada tahap tinggi dengan nilai min bagi kesemua elemen melebihi 5.0. Hasil kajian mendapati aplikasi My Arabiy Game mengikut tahap penilaian para guru menunjukkan guru bersetuju bahawa permainan pendidikan yang dibangunkan ini menarik dan mudah untuk difahami serta dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap apa yang telah dipelajari di dalam kelas.
Ghazali Zainuddin NOOR AZLI MOHAMED MASROP MUHAMMAD SABRI SAHRIR SITI ROSILAWATI RAMLAN IRWAN MAHAZIR ISMAIL YUSZAIMI MUSLIL NAQIBAH MANSOR Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-30 2023-09-30 10 2 176 196 10.53840/ejpi.v10i2.144 Mechanism for Preventing Shariah Non-Compliance (SNC) Events in Islamic Financial Institutions https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/124
Islamic financial institutions are fastest growing industry in all around the world. This occurred due to the need of Islamic banking and finance product among Muslim community as much as their concerns with Shariah non-compliance (SNC) event that may derive from banking and financial transaction. SNC event will raise the risk management of IFIs and have a negative influence on the IFIs' reputation among their present and future clients. Hence, this study is aimed to investigate the mechanism for preventing SNC events in Islamic financial institutions. This study employs a qualitative approach. This research achieves its objective through document analysis and interview with experts. Secondary data also gathered from sources such as journal papers and the websites of authorized authorities. General finding shows that, a sound Shariah governance and internal control mechanism are significant in overcome SNC events in Islamic financial institutions.
Muhammad Ridhwan Ab Aziz Noor Naemah Abdul Rahman Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-29 2023-09-29 10 2 197 208 10.53840/ejpi.v10i2.124 Teknik Hafazan Al-Quran Pra Sekolah Menerusi Aplikasi Digital https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/143
Pendidikan hafazan al-Quran yang menjadi salah satu cabang ilmu yang penting dalam kehidupan umat Islam kini. Pemeliharaan terhadap kesucian al-Quran akan meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan individu terhadap Allah SWT dan diterjemahkan melalui akal fikiran dan tindakan. Sehingga kini banyak teknik yang digunakan bagi tujuan pemeliharaan tersebut baik dari peringkat usia muda hingga dewasa. Oleh itu, objektif utama kajian ini bertujuan untuk mengkaji teknik hafazan al-Quran peringkat pra sekolah dalam aplikasi digital. Metodologi penyelidikan yang digunakan adalah analisis deskriptif melalui kaedah analisis kandungan. Data yang dikenal pasti, dikumpul dan dianalisis daripada sumber bertulis dan bercetak sedia ada seperti jurnal, tesis dan sebagainya. Dapatan kajian menemukan sebanyak 11 teknik hafazan al-Quran iaitu mendengar, mempelajari, membaca, menunjuk, memahami, memadan, melukis, menyebut, mengingati, serta mengulang dan menulis. Secara keseluruhannya, teknik hafazan ini bersesuaian dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Pada masa yang sama, dapat membentuk generasi huffaz yang berkualiti dan berkemajuan mengikut peredaran zaman.
Safinah Ismail Nor Musliza Mustafa Syarul Azman Shaharuddin Mardhiah Yahaya Khairul Syafiq Razali Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-30 2023-09-30 10 2 209 224 10.53840/ejpi.v10i2.143 Pembentukan Peribadi Muslim Menurut Syeikh Abd Al-Qadir Al-Jailani: Tumpuan terhadap Kitab Futuh Al-Ghayb https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/112
Pembentukan peribadi Muslim terdiri di atas tiga asas Islam iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Perbincangan berkaitan keperibadian dan pembentukannya bersifat holistik dengan mengambil kira aspek rohani dan jasmani serta mengambil kira hubungan manusia dengan Allah SWT dan sesama manusia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah pembentukan peribadi Muslim menurut Syeikh Abd al-Qadir al-Jailani berdasarkan karyanya Futuh al-Ghayb. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen. Kajian dilakukan dengan meneliti 80 wasiat Syeikh Abd al-Qadir al-Jailani dalam kitab ini dan mengklasifikasikannya mengikut tema-tema tasawuf. Hasil kajian menunjukkan Syeikh Abd al-Qadir menekankan aspek ikhlas, zuhud dan tawakkal dalam memastikan pembentukan peribadi Muslim yang seimbang dunia juga akhirat.
Lily Syeeda Abd Razak Nazneen Ismail Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-29 2023-09-29 10 2 225 239 10.53840/ejpi.v10i2.112 Analisis Perbandingan Sistem Pengurusan Penyelidikan (RMS): RMS V1 vs RMS V2 https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/134
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), UIS telah menambahbaik Sistem Pengurusan Penyelidikan (RMS) selaras dengan keperluan perancangan strategik UIS. Dalam artikel ini, pengkaji membuat perbandingan antara RMS versi pertama (V1) dengan RMS versi kedua (V2). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan keperluan pembangunan RMS V2 kepada pegawai akademik UIS dan analisis kandungan perbandingan pembangunan modul antara RMS V1 dan RMS V2 ini. Kajian mendapati RMS V1 yang dibangunkan mempunyai modul permohonan penyelidikan dan penjanaan senarai tajuk penyelidikan, penerbitan dan inovasi yang tidak mengikut format pentaksiran MyRA secara terperinci. Pembangunan RMS V2 telah melibatkan tambahan modul yang lebih efektif dan efisen iaitu 1) permohonan penyelidikan yang lebih lengkap 2) penilaian proposal oleh panel kluster yang boleh dijalankan secara atas talian 3) pemantauan kemajuan penyelidikan yang lebih komprehensif melalui sistem atas talian, 4) pemprofilan (profiling) pegawai akademik yang lebih terperinci berdasarkan format pentaksiran MyRA dan 5) penjanaan laporan yang dapat membantu RIMC mengurus data aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi (RDCI) dengan lebih teratur. RMS V2 diharap dapat membantu penyelidik UIS mengembangkan potensi mereka sebagai sarjana dan ahli akademik serta membantu pengurusan UIS dalam membuat keputusan dan memenuhi keperluan sebagai sebuah universiti.
Wawarah Saidpudin Abu Zaki Ismail Siti Noor Ahmad Juzlinda Mohd Ghazali Khairil Ashraf Elias @ Mayah Khirulnizam Abd Rahman Aireen Naquiah Hamzah Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-09-30 2023-09-30 10 2 240 255 10.53840/ejpi.v10i2.134