e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi
E-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI is the e-Journal published by the Penerbit KUIS. The scope and issues discussed are related to research and innovation covering various aspects of research namely education, history, philosophy, thought, leadership, administration, language, da’wah, politic, mass media, economy, management, medicine, environment and last but not least science and technology.

This e-Journal contains various articles in research and scientific activities that cover various disciplines using the medium of Malay, English and Arabic.

Publication Frequency

e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi (e-JPI) is published 2 times a year (April and September).
en-US ejpi@kuis.edu.my (Dr. Faradillah Iqmar Omar) ejpi@kuis.edu.my (Managing Editors) Wed, 27 Apr 2022 00:00:00 +0000 OJS 3.3.0.8 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 The Influence of Coronavirus Disease (COVID-19) Pandemic on the Use of Digital Payment in Malaysia https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/58
Coronavirus Disease (COVID-19) pandemic has brought historic disruption to the economy, social, and health sectors around the globe. The closure and shut down of some businesses have caused consumption in many industries to decline. The trends that stem from the crisis have also affected the way people transfer money and execute payments for numerous purposes. Digital payments also have become a crucial solution for people as well as many businesses for financial transactions and stimulate their business into this new normal. This paper aims to identify the method of payment before and during the lockdown period and investigate the potential influence of the COVID-19 pandemic on the use of digital payments by applying the Technology Acceptance Model (TAM) and unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT). This paper employed questionnaire-based surveys and a simple random sampling method. A total of 400 respondents were administered and analyzed by deploying descriptive analysis, Mann-Whitney U Test, Kruskal Wallis Test, and multiple regression analysis. The findings reveal that age, education level, ease of use, social influence, and trust have a positive and significant influence on the use of digital payment. Trust depicts the strongest influence on the use of digital payment. The result may provide insight for practitioners and researchers while assisting the digital payment service providers, government, and financial institutions to have a better understanding and concern of the practicality in the use of digital payment for various financial transactions.

Keywords: Covid-19; Digital Payments; Mobile Payments; Mobile Banking; E-Wallet.
Nurul Wajhi Ahmad, Nor Fadilah Bahari, Norazlina Ripain, Nur Syaheera Atan Copyright (c) 2022 https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/58 Wed, 27 Apr 2022 00:00:00 +0000 Kaedah Itqan bagi Kawalan Kualiti Pentashihan Mushaf: Kajian Rintis https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/68
Pentashihan mushaf memerlukan penelitian yang tinggi dan sangat penting di dalam agama Islam kerana ia melibatkan kesucian dan kemukjizatan Al-Quran.  Susulan itu, kawalan kualiti pentashihan mushaf perlu berada pada tahap sifar cacat dan sempurna.  Namun begitu, setakat kajian ini dijalankan, belum ditemui satu kaedah khusus yang boleh dijadikan panduan lengkap pentashihan mushaf secara pratikal. Kajian lepas menunjukkan bahawa garis panduan pentashihan mushaf yang sedia ada tidak memperincikan praktikal pentashihan bagi setiap huruf Al-Quran. Oleh itu, kajian ini memperkenalkan ‘Kaedah Itqan’ bagi pentashihan mushaf secara manual.  Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan penandaan bagi setiap huruf. Terdapat tiga elemen asas yang perlu disemak dalam proses pentashihan mushaf iaitu huruf, titik huruf dan barisnya. Metode yang digunakan dalam pembinaa kaedah Itqan adalah hasil gabungan kajian kepustakaan, pengalaman dan rujukan pakar penyemak al-Quran dan pengalaman pengamal pengurusan kualiti. Kaedah Itqan telah cuba diaplikasikan kepada sebuah draf akhir mushaf yang telah melalui empat fasa pentashihan. Berdasarkan analisis data menggunakan jadual Pivot dan rumus pengiraan Kecacatan Per Sejuta Peluang (DPMO) menunjukkan hasil penulisan draf mushaf tersebut adalah 99.6% bebas kecacatan, tahap sigma 3.11, kecacatan per sejuta peluang 3973.5, 33.3% (n=24), kesalahan tertinggi dikesan adalah pada huruf nun, 75% (n=6) melibatkan titik pada huruf nun, kos rendah kualiti RM 35,280. Kajian rintis ini membuktikan keperluan penambahbaikan kaedah pentashihan mushaf yang digunapakai pada masa kini. Salah satu alternatif kepada kaedah manual sedia ada adalah dengan menggunakan ‘Kaedah Itqan’. Selain itu, kaedah ini juga berpotensi untuk dimajukan dengan menggabungkannya dengan teknologi kepintaran buatan pengecaman imej.
Azif Zahirin Md Amin , Ahmad Baha Mokhtar , Zainol Mustafa Copyright (c) 2022 https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/68 Wed, 27 Apr 2022 00:00:00 +0000 Infiniti Cergas Sihat (InCeS): Inovasi Papan Permainan yang Menarik dan Berfaedah https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/64
Senaman merupakan satu aktiviti yang memberi manfaat bukan sahaja kepada kesihatan fizikal, malah kesihatan mental juga. Berlari, berjalan, mendaki gunung, berbasikal, aerobik dan berenang adalah antara senaman yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian untuk terus kekal aktif dan cergas. Namun kini, kita tidak lagi bebas untuk melakukan kebanyakan aktiviti luar rumah disebabkan ancaman wabak coronavirus (COVID-19) yang menyebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dikenakan. Keadaan sebegini boleh menjejaskan kualiti kesihatan diri kita. Infiniti Cergas Sihat (InCeS) merupakan satu inovasi permainan iaitu aktiviti senaman ringan digabungkan dan disusun seperti permainan berpapan yang menarik. InCeS direka sebagai permainan unik yang melibatkan aktiviti gerakan senaman ringan dalam suasana yang menarik dan menyeronokkan untuk dimain dalam kumpulan kecil mahupun besar. InCeS boleh dimain di dalam rumah ataupun di luar rumah. Permainan InCeS ini bukan sahaja melibatkan pergerakan fizikal, malah permainan ini turut menerapkan kemahiran intelektual seperti aktiviti jual beli, sewa, gadaian petak dan penentuan keputusan. Permainan InCeS ini juga direka untuk semua peringkat umur, termasuklah dewasa mahupun kanak-kanak. Memandangkan InCeS merupakan satu permainan inovasi, maka ianya boleh diaplikasikan atau diguna pakai sebagai permainan berpapan semasa sesi pembelajaran, dari peringkat pendidikan awal seperti taska hinggalah pusat pengajian tinggi. InCeS juga boleh digunakan sebagai aktiviti dalam rumah bersama ahli keluarga terutama ketika PKP. Satu soal selidik mengenai InCeS telah dijalankan dikalangan pelajar pendidikan khas. Keputusannya, mendapati InCeS dapat membantu para pelajar untuk lebih berminat belajar sambil bermain dengan cara yang lebih menarik.

Azlina Mohd Mydin, Wan Anisha Wan Mohammad , Siti Mariam Saad , Siti Nurleena Abu Mansor, Rafizah Kechil Copyright (c) 2022 https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/64 Wed, 27 Apr 2022 00:00:00 +0000 Keunikkan Sanad Dato’ Haji Mohd Nor bin Haji Ibrahim https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/65
Kesinambungan sanad dalam mempelajari al-Quran di antara guru dengan murid dan diteruskan kepada generasi ke generasi merupakan satu tradisi di kalangan pencinta ilmu. Kesinambungan sesuatu sanad al-Quran dapat dikenalpasti dengan menjalani beberapa proses penerimaan sanad al-Quran seperti al-Ard dan al-Sama’ yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dato’ Haji Mohd Nor bin Haji Ibrahim telah menjalankan proses penerimaan sanad al-Quran bersama gurunya Sheikh Ahmad Ḥāmid al-Tījī. Namun demikian, sanad Dato’ Haji Mohd Nor bin Haji Ibrahim tidak pernah dibincang secara ilmiah. Kajian ini menfokuskan kepada keunikkan sanad Dato’ Haji Mohd Nor bin Haji Ibrahim dan menjelaskan ketokohan gurunya iaitu Sheikh Ahmad Ḥāmid al-Tījī dalam pengajian al-Quran. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dan menjadikan kaedah temubual sebagai instrumen kajian. Manakala perisian yang digunakan bagi mengalisis temubual menggunakan perisian Nvivo 12. Hasil kajian mendapati bahawa sanad Dato’ Haji Mohd Nor bin Ibrahim merupakan sanad tertinggi yang perolehi dari gurunya Sheikh Ahmad Ḥāmid al-Tījī dengan bacaan Qirā’āt ‘Āṣyar al-Kubra.
Mohd Hasbie al-Shiddieque Ahmad Copyright (c) 2022 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/65 Wed, 27 Apr 2022 00:00:00 +0000 The Level of Syntax Comprehension Among LG242 Students at the Academy of Languages Studies. MARA University of Technology, Shah Alam https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/67
يُعدُّ الإعراب أحد الأركان الأساسية في اللغة العربية لا سيما الدراسين من المتخصصين في دراسة اللغة العربية، فالإعراب لا يعتمد على مجرد حفظ القواعد الصماء، وإنما لا بد من الاستيعاب والفهم الدقيق لأهمية تلك القواعد وتطبيقها. تشير الدراسات إلى أن عددا كبيرا من طلاب اللغة العربية من الناطقين بغيرها يعانون ضعف مستوى الاستيعاب في مجال الإعراب في اللغة العربية. لذلك تهدف هذه الدراسة إلى تحديد مستوى استيعاب الإعراب لدى طلبة LG242 بأكاديمية اللغات بجامعة مارا للتكنولوجيا بمدينة شاه عالم. هذه الدراسة الكمية اعتمدت المنهج الوصفي التحليلي بأداة الاختبار الإلكتروني عن طريق منصة iSocrative التعليمية لجمع البيانات. تم الاعتماد على Microsoft Excel للتحليل الإحصائي للبيانات. تكونت العينة في هذه الدراسة من 30 طالبا من طلاب الفصل الدراسي السادس في تخصص اللغة العربية للاتصالات المهنية بجامعة مارا للعلوم والتكنولوجيا. بناء على نتائج هذه الدراسة؛ توصل الباحثون إلى أن استيعاب الإعراب لدى طلبة LG242 بأكاديمية اللغات بجامعة مارا للتكنولوجيا في مستوى جيد. وتوصي الدراسة بضرورة مواصلة إجراء البحوث والدراسات التجريبية حول مدى استيعاب الإعراب لدى الطلاب وتطبيقه في الحوار والتواصل الشفوي من خلال أنشطة المحادثة المباشرة والتعبير الحر والإنشاء المفتوح.
Ibrahim Youssef Abdelhamid Copyright (c) 2022 https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/67 Wed, 27 Apr 2022 00:00:00 +0000 Pukulan Mendidik dalam Islam bagi Membentuk Konsitensi Solat Anak-Anak https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/69
Tajuk kajian menfokuskan kepada tuntutan merotan anak jika mereka enggan solat seperti yang disebut dalam hadis nabi yang bermaksud “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka” (Riwayat Abu Daud). Ini menunjukkan bahawa agama Islam memberi hak dan tanggungjawab kepada ibu bapa supaya merotan anak-anak bagi yang meninggalkan solat ketika umur sepuluh tahun ke atas pendekatan mendidik dengan cara merotan ini adalah merupakan kesalahan dalam undang-undang beberapa negara. Seperti yang pernah tular di media yang berlaku kepada rakyat Malaysia yang dipenjara atas kesalahan memukul anak mereka yang enggan menunaikan solat. Hukuman kepada kanak-kanak yang mendatangkan kecederaan pada badan telah diharamkan oleh beberapa negara. Walau bagaimanapun belum ada tindakan atau larangan hukuman fizikal terhadap anak-anak setakat hari ini oleh undang-undang negara kita selagi tidak membawa kepada penderaan. Objektif kajian ialah (i) menghuraikan hukuman rotan dalam Islam terhadap anak-anak yang meninggalkan solat dan (ii) menganalisis kepentingan hukuman rotan perlu dilaksanakan terhadap anak-anak yang meninggalkan solat. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menggunakan analisa desksiptif kajian-kajian yang berkaitan dalam mendapatkan hasil dapatan perbincangan.  Kesimpulannya, Islam itu tidak pernah suka kekerasan dan kekasaran. Adalah tidak benar sama sekali untuk meletak Islam itu agama yang tidak ada toleransi hanya kerana memahami hadis ini secara suratan. Islam memberi penerangan pukulan bagaimana yang dibolehkan dan yang bagaimana harus dielakkan. Penulisan ini mencadangkan agar kajian mendalam perlu dijalankan agar garis panduan merotan dengan oleh ibu bapa dapat dikeluarkan dengan mengambil kira adab, akhlak, hikmah dan takdib. Ini kerana tujuan memukul dalam tahap ini ialah untuk mendidik dan bukannya memukul kerana hukuman melanggar ketatasusilaan dalam masyarakat. Di samping tujuannya yang tidak lari daripada untuk mengembalikan anak-anak ke dalam kawalan ibu bapa.
Nadiyah Hashim Copyright (c) 2022 https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/69 Wed, 27 Apr 2022 00:00:00 +0000 Kaedah Pelupusan Teks Al-Quran dan Bahan Terbitan Al-Quran https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/70
Mashaf al-Quran al-Karim merupakan kitab suci umat Islam yang wajib dihormati tidak kira ia masih baru atau sudah tidak boleh digunakan lagi. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi memelihara kesucian al-Quran sejak zaman Rasulullah dan kemudian telah diwarisi sehingga ke hari ini. Kebelakangan ini, terdapat segelintir masyarakat cuba melupuskan bahan terbitan al-Quran dengan cara membakar walaupun pada hakikatnya bertentangan dengan peraturan. Namun begitu, hal ini boleh menimbulkan pelanggaran etika atau adab dalam melupuskan al-Quran dan kekeliruan dalam masyarakat Islam serta penghinaan terhadap kesucian al-Quran. Rentetan daripada ini, permasalahan ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak supaya perkara ini dapat dibendung bersama. Oleh itu, kaedah dan tatacara perlu selari dengan fatwa semasa dan terkini dalam pelupusan teks al-Quran dan bahan penerbitan al-Quran supaya dapat dielakkan berlakunya pelanggaran etika atau adab dalam pelupusan ini. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan mengenai kaedah dan metode pelupusan al-Quran dan bahan terbitan al-Quran menurut perspektif Islam dan garis panduan yang selari dengan fatwa semasa. Kajian ini juga menjelaskan isu yang timbul dalam pelupusan bahan terbitan al-Quran. Metode kajian ini menggunakan menerusi metode analisis dokumen dari sumber-sumber perpustakaan berkaitan. Dapatan dan perbincangan kajian dianalisis secara deskriptif.
Latifah Abdul Majid, Mohd Faizulamri Mohd Saad, Hamdi Ishak, Mohd Nasir Abd Majid, Mohd Remy Rozainy Mohd Arif Zainol, Ameer Areff Iskandar Mohd Azhar Copyright (c) 2022 https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/70 Wed, 27 Apr 2022 00:00:00 +0000 Pembentukan Sahsiah Murid Melalui Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di Malaysia https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/71
Program-program di sekolah terutama pembelajaran di luar bilik darjah adalah berperanan untuk membentuk sahsiah murid dengan memberi  penekanan kepada nilai-nilai kepribadian yang baik. Setiap murid perlu memiliki  tahap sahsiah yang tinggi dengan mengamalkan cara hidup beragama, berpenampilan sopan santun, berbudi bahasa, mempunyai jati  diri dan pelbagai lagi hal-hal berkaitan psikologi yang boleh terbentuk dalam diri secara tekal. Terbentuknya sahsiah unggul di sekolah merupakan antara tujuan yang perlu dicapai setelah pembelajaran atau ketika beraktiviti tanpa mengira batasan  demografi  seperti  agama, bangsa, jantina, lokasi mahupun  kategori sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dan berperanan  sebagai saluran utama dalam menekankan pembentukan sahsiah unggul murid. Pelaksanaan  Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) oleh KPM merupakan program yang signifikan dengan  keperluan murid berkonsepkan aktiviti bermodul dan berpenilaian sepanjang persekolahan di peringkat  menengah. Penilaian yang terkandung dalam Program ini membantu peningkatan indeks kemenjadian murid. Maka, artikel ini membincangkan sorotan kajian lepas perkara-perkara  yang mempunyai hubungan dengan sahsiah murid seperti kecerdasan emosi, keterlibatan dan daya tahan.
Nor Anisa Musa, Nor Aniza Ahmad , Mohd Syaubari Othman Copyright (c) 2022 https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/71 Wed, 27 Apr 2022 00:00:00 +0000 The Impact of Society 5.0 and Industrial Revolution 4.0 on Employment and Future Job in Brunei Darussalam https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/74
Brunei Darussalam is in transition phase to transform Brunei into Smart Nation with support of Society 5.0 and Industrial 4.0. The society development and technologies has killed millions of jobs, according to Future Job Report 2020, 85 million of peoples globally expected to lost their job and being replace with machine by 2025. This research paper seeks to investigate the impact of human and technology transformation toward employment and future job in Brunei Darussalam. Hence, this article is base on qualitative research method, which based on content analysis on existing literature. Initial finding indicated that, Society 5.0 and IR4.0 has positive and negative impact on current employment such as uncounted of hard skill workers are being replaced by AI, robotics and automation. At the same manners, this transformation has created new job opportunities and change society work-style. The purpose of this study is to acknowledge the impact and to prepare our generation to be future ready. To conclude, human and technological transformation is inevitable event. The study proved, Society 5.0 and IR4.0 has solid effect on current employment and future job.
Hanafi Baha Copyright (c) 2022 https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/74 Wed, 27 Apr 2022 00:00:00 +0000 Penggunaan ICT Sebagai Medium Komunikasi Perniagaan Usahawan B40: Satu Kajian Rintis https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/73
Persekitaran komunikasi pada hari ini banyak bergantung kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ini telah menjadi fenomena penting dalam pelbagai aspek kehidupan, ekonomi dan sosial masyarakat. Komunikasi tidak lagi hanya bersemuka malah berterusan dengan rancak menerusi medium dan pelbagai aplikasi ICT. Perkara ini juga merangkumi aktiviti perniagaan di era digital. Kertas kerja ini merupakan satu kajian rintis yang membincangkan tentang penggunaan ICT sebagai medium komunikasi perniagaan dalam kalangan usahawan B40. Antara objektif kertas kerja ini adalah untuk meninjau pola penggunaan ICT dalam kalangan usahawan B40 serta mengenal pasti tahap kebolehpercayaan item. Data dipungut melalui kaedah kuantitatif secara tinjauan terhadap 30 orang usahawan B40 di Semenyih. Satu set borang soal selidik diedarkan secara bersemuka kepada responden. Hasil kajian rintis mendapati bahawa responden kerap menggunakan ICT bagi membolehkan mereka berkongsi sumber yang membantu mereka menjalankan perniagaan serta dapat menguruskan pesanan daripada pelanggan dengan cekap. Ujian kebolehpercayaan bagi dimensi penggunaan ICT ini adalah diterima dengan bacaan Cronbach Alpha α=.832. Ironinya, usahawan B40 amat digalakkan untuk mengoptimum penggunaan ICT sebagai medium komunikasi perniagaan serta platform pemasaran yang lebih berdaya saing.
Faradillah Iqmar Omar, Ummi Munirah Syuhada Mohamad Zan, Mawar Murni Yunus , Nor Azlili Hassan Copyright (c) 2022 https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/73 Wed, 27 Apr 2022 00:00:00 +0000