Pendidikan Terhadap Kanak-kanak Melazimi Norma Baharu Mengharungi Pandemik COVID-19: Penelitian Naskhah Engkaulah Adiwiraku

Children Education with New Norm Covid-19- Manuscript Review on "Engkaulah Adiwiraku"

Authors

  • Mohd Haniff Mohammad Yusoff Universiti Utara Malaysia
  • Nadiatul Shakinah Abdul Rahman Universiti Sains Malaysia

Keywords:

pandemik COVID-19, pendidikan kanak-kanak, buku bergambar kanak-kanak, kesusasteraan kanak-kanak dan remaja

Abstract

Pandemik COVID-19 telah membawa kepada suatu nuansa drastik dalam kehidupan manusia. Keadaan ini telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam sektor politik, ekonomi dan sosial. Perihal ini diburukkan lagi dengan kemerosotan ekonomi negara yang telah mengakibatkan ramai pekerja hilang punca pendapatan dan bergelut dalam meneruskan kehidupan. Aktiviti sosial juga perlu dielakkan agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan. Sehubungan itu, ibu bapa, penjaga dan guru berperanan penting dalam memastikan golongan kanak-kanak tidak terabai dan cakna dengan keadaan sekeliling. Hal ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak menjadi individu yang lebih sensitif terhadap persekitaran khususnya dalam mengharungi pandemik COVID-19. Justeru, penggunaan bahan bacaan yang sesuai dalam mendidik golongan kanak-kanak mengenai langkah pencegahan COVID-19 adalah sesuatu yang wajar diketengahkan dalam kalangan masyarakat. Pendedahan yang diketengahkan bukan sekadar membantu perkembangan minda, sebaliknya memberikan pengetahuan awal kepada mereka tentang COVID-19. Oleh yang demikian, makalah ini akan menjurus kepada pemerihalan fungsi sastera kanak-kanak sebagai wahana pendidikan menerusi naskhah Engkaulah Adiwiraku. Engkaulah Adiwiraku merupakan sebuah buku cerita bergambar yang diterjemahkan daripada judul asalnya My Hero is You yang menampilkan Sara yang dibantu oleh Ario mengelilingi dunia untuk bertemu kanak-kanak di seluruh dunia bagi memberitahu tentang COVID-19. Penelitian ini mengakrabi kaedah kualitatif yang lebih terarah kepada analisis kandungan. Hasil dapatan daripada penelitian yang telah dijalankan, pengkaji merumuskan fungsi sastera kanak-kanak sebagai medium pendidikan serta dapat ditelusuri melalui pendidikan kendiri, keluarga dan masyarakat terhadap COVID-19.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Anida Sarudin. (2020). Ulasan buku: ‘Engkaullah Adiwiraku: Bagaimana kanak-kanak boleh melawan COVID-19.’ Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan. 9(1), 48-57.

Arba’ie Sujud & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2011). Pembentukan emosi kanak-kanak melalui bahan bacaan sastera. Jurnal Pengajian Melayu, 22(1), 66-89.

Arthur H.P. Mawuntu, Janri Tumbal, Michelle Pontoh & Yanti Mewo. (2018). Evaluasi efektifitas prosedur cuci tangan pada operator pungsi lumbal di bagian neurologi RSUP R.D. Kandou Manado. Jurnal Sinaps, 1 (1), 47-66.

Asmiaty Amat (2018). Menyingkap gelojak rasa dan citra Azmah Nordin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizan Abdul Rahmani & Nurwati Ashikkin Ahmad Zaluki. (2020). Pencegahan penularan virus Corona (COVID-19) menurut perspektif Islam. Journal of Fatwa Management and Research, 22 (1), 1-13.

Fauziah Hanim Jalal, Fairuz ‘Ain Harun, Noraini Ismail & Nazariah Abd Samad. (2014). Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Anak Permata Negara. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 3, 36 - 61.

Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan perkembangan sastera kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Janner Simarmata. (2010). Rekayasa perangkat lunak. Yogyakarta: Penerbit ANDI.

Md. Sidin Ahmad Ishak. (2005). Perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Mohd Hasem Almuddin, Asyraf Isyraqi Jamil & Musaiyadah Ahmadun. (2016). Beberapa Pandangan Ibn Ḥajar al-Haytamī mengenai pendidikan kanak-kanak menerusi karya Taḥrīr al-Maqāl. Jurnal Usuluddin, 43, 91-108.

Othman Lebar. (2017). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metode. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Othman Puteh. (1989). Sastera remaja ditinjau daripada beberapa perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ridzuan Hussin, Suraya Ahmad Kamel & Asmahan Mokhtar. (2016). Keberkesanan persekitaran, imej dan huruf dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 4, 40-47.

Rohayati Junaidi, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali dan Madiawati Mamat@Mustaffa. (2020). Pandemik COVID-19 dalam persekitaran kanak-kanak menerusi Engkaulah Adiwiraku. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 31-45.

Rohmat Suprapto, Mardiyan Hayati, Silvia Nurbaity, Fitri Anggraeni, Satria Haritsatama, Tsamarah Qaulan Sadida…Flandita Alri Pratama. (2020). Pembiasaan cuci tangan yang baik dan benar pada siswa taman kanak-kanak (TK) di Semarang. Jurnal Surya Masyarakat, 2(2), 139-145.

Rosli Mohammed. (2016). Audit komunikasi organisasi. Sintok: UUM Press.

Siti Amalina Ahmad Khairundin, Shahidra Abdul Khalil & Mumtazah Narowi. (2019). Kearifan tempatan dalam pendidikan kanak-Kanak: Sorotan terhadap garis panduan hukuman rotan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Jurnal Fiqh, 16(1), 83-104.

Tan Siew Poh, Abdullah Yusoff & Yusmiza Hanim Yusuf. (2019). Panduan penulisan ilmiah: Laporan penyelidikan, kajain tindakan dan tuagasan akademik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Downloads

Published

30-09-2021

How to Cite

Mohammad Yusoff, M. H. ., & Abdul Rahman , N. S. . (2021). Pendidikan Terhadap Kanak-kanak Melazimi Norma Baharu Mengharungi Pandemik COVID-19: Penelitian Naskhah Engkaulah Adiwiraku: Children Education with New Norm Covid-19- Manuscript Review on "Engkaulah Adiwiraku". E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 8(2), 105–127. Retrieved from https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/18

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)