Kesedaran Hukum Berkaitan Ihdad Dalam Kalangan Wanita Islam Bekerjaya Di Selangor

Legal Awareness Related to Ihdad Among Working Muslim Women in Selangor

Authors

  • Norita Kamaruddin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Zanariah Dimon Dimon Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Maffuza Salleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Naqibah Mansor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Keywords:

Kesedaran, Ihdad, Iddah, Wanita, Bekerjaya

Abstract

Dalam fiqh usrah terdapat hukum yang berkaitan iddah dan ihdad terhadap isteri apabila berlaku perceraian atau kematian suami. Konsep iddah dan ihdad dalam Islam tertakluk kepada hukum dan batasan yang tertentu dalam tempoh yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, dengan berlakunya peredaran masa dan zaman, wanita Islam yang berada dalam tempoh ihdad sering berhadapan dengan pelbagai persoalan yang memerlukan penjelasan terperinci khususnya dalam hal yang melibatkan batas hukum dan adab bagi seorang wanita beriddah dan berihdad. Tambahan pula, dengan tuntutan kerjaya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini, ia turut  memberi impak dan cabaran terhadap cara dan gaya hidup masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bagaimana wanita bekerjaya melaksanakan hukum ihdad ketika berada tempoh iddah kematian suami. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan isu-isu semasa berkaitan hukum ihdad pada masa kini.  Perbincangan dalam kertas ini adalah berkaitan kesedaran hukum berkaitan ihdad dalam kalangan wanita islam bekerjaya di Selangor Kaedah yang digunakan adalah secara kuantitatif dengan menggunakan metode soal selidik terhadap responden bagi mengumpulkan data. Diharapkan kajian ini dapat memberi maklumat mengenai tahap kesedaran wanita Islam bekerjaya mengenai hukum yang berkaitan iddah dan ihdad supaya dapatan tersebut dapat mencadangkan satu garis panduan yang komprehensif mengenai ihdad wanita Islam di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Quran Al-Karim

Al-Kasani, Ala' al-Din Abi Bakr Ibn Su'ud.1986.Bada'i' al'Sana'i' fi Tartib al-Syara'i'. Dar Kutub Al-Ilmiah.

Ali, M. A. H. (2015). Iddah Al-Wafat Mafhumaha Wa Ahkamuha fi Syariah Islamiyyah. Bingol Univeritesi Ilahiyat Fakultesi Dergisi, 6, 71–100.

Babbie, E. R. 2001. The Practise of Social Research. USA: Thompson Learning.

Berenson, M. L. & Levine, D. M. 1992. Basic Business Statistics: Concepts and Applications. Ed. Ke-5. New Jersey: Prentice Hall.

Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill (M) Sdn. Bhd.

Hamzah, N., Mustari, M. I., & Basiron, B. (2015). Model Keseimbangan Kerjaya dan Rumah Tangga dalam Kalangan Wanita Cemerlang Sektor Awam. Sains Humanika, (4:1), 37–46

Husin, S. N. M. S. (2009). Kefahaman tentang Ihdad di Kalangan Wanita Muslim Bandar Dungun. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 2, 103–126.

Husin, S. N. M. (2014). Tuntutan Beridah dan Berihdad dalam Kalangan Wanita Berkerjaya.

Husin, S. N. M. S., & Azahari, R. (2010). Pendekatan Islam dalam Memelihara Maslahah Wanita Selepas Kematian Suami. Jurnal Syariah, 18(3), 479–506.

Ishak, I. (2003). Peranan Wanita dalam Institusi Keluarga, 1–12.

Jumadi, A. (2020). Wanita Bekerja Bantu Ringan Beban Kewangan Keluarga. Berita Harian.

Kerlinger, Fred N. 1973. Foundations of Behavioral Research. 2nd Ed. New York: Rinchart and Winston.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement 30. 607-610. California: Sage Journal US.

Nuraini, D. (2018). Ihdad bagi Wanita Karir Menurut Pandangan Pengelola PSGA UIN Raden Intan Lampung. Fakultas Syari’ah Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung.

Othman Talib. (2018). Analisis Data Kualitatif.

Selamat, A. (2009). Kesamarataan Gender dalam Bidang Industri di Malaysia. Adakah Wanita telah Bersedia?

Wahbah Al-Zuhaili.1989.Fiqh Islami wa Adillatahu.Dar al-Fikr.Damsyik.

Downloads

Published

30-09-2021

How to Cite

Kamaruddin, N. ., Dimon, Z. D., Salleh, M. ., & Mansor, N. . (2021). Kesedaran Hukum Berkaitan Ihdad Dalam Kalangan Wanita Islam Bekerjaya Di Selangor : Legal Awareness Related to Ihdad Among Working Muslim Women in Selangor. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 8(2), 149–170. Retrieved from https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/20

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)